Inilah Doa yang senantiasa dilantunkan oleh wanita sahabiyah yang sholehah ini. Doa untuk anaknya yang bernama Abdullah bin Zubair ketika sedang berada di medan jihad “Ya Allah! Kasihanilah dia kerana sholat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku ridha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar.!”
Wanita yang mulai ini bernama Asma’ binti Abu Bakar r.a, dia adalah saudara kandung Ummul Mukminin Aisyah r.ha. Ia bersuamikan seorang pejuang tangguh gagah berani bernama Zubair bin Awwam r.a. Asma binti Abu Bakar r.a adalah seorang wanita muhajir yang mulia dan ibunda dari Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur mempertahankan agamanya, dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk mengangkat derajat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji. Peribadinya dirahmati Allah dengan keistimewaan yang sangat menonjol, setanding dengan para Muslimin di ketika itu. Dia seorang wanita yang cerdas, cerdik, lincah, pemurah dan berani.
Sifat kedermawanan beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya,” Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah r.ha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar